PROFIL

KETERANGAN KARYA
When Time Fades, 2023
Seni instalasi ini merupakan olahan idea yang menyentuh sisi masyarakat, teknologi dan isu semasa melalui ‘informal education’ dalam bentuk penyampaian ‘art installation’. Penggunaan teknologi yang kian pesat pada zaman ini memberi impak yang ketara terhadap interaksi sesama manusia khususnya dalam konteks komunikasi bersemuka. Apatah lagi semenjak pandemik yang melanda dunia, hubungan ziarah-menziarahi semakin kurang dirai rentetan masih berbaki rasa fobia dan kerisauan dari sesetengah orang. Pemilihan ruang tamu dilihat sebagai simbolik ruang keluarga dan tempat berkumpul sanak-saudara juga pencetus gelombang berkasih-sayang sesama manusia. Namun, kewujudan teknologi sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai tersebut. Penggunaannya yang berlebihan mencetuskan jurang interaksi organik antara manusia. Lantas, idea teknologi ini kami olahkan dalam simbolik television yang memainkan kompilasi video dan rakaman ulangan.
Projek/karya seni ini dilaksanakan adalah untuk mengemukakan:
- konsep projek/karya seni ini adalah bersandarkan seni instalasi statik (art installation) yang akan dipasang di Selangor. Karya ini menggunakan satu ruangan ruang tamu dihiasi dengan perabot dan dinding yang keseluruhannya berwarna hitam. Dan akan ada satu television yang memainkan kompilasi video ulangan.
- konsep projek seni adalah ingin mengolah isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekaligus memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang proses integrasi seni itu sendiri (informal education)
KARYA CADANGAN
KARYA AKHIR
PAUTAN VIDEO















