Skip to main content

PESERTA

  • NAMA:
    • Muhammad Afiq Izzudin bin Roslee
    • Najwan Zakirin bin Khairuddin
    • Arif Asyraf Bin Badruzzaman
    • Muhd Azim Bin Mohd Rodi
    • Siti Aisyah binti Rozali
    • Nurul Asyiqin binti Mohd Zuharuddin
    • Nur Syazwanie binti Mohd Hisham
  • LOKASI:
    Perak
  • BIODATA PESERTA:

CADANGAN KARYA

Lokasi : Kawasan Pensisiran Pantai Jeti Lumut & Pantai Teluk Senangin

Tangsi Studio

(TAJUK : HULU MALANG PANGKAL CELAKA I & II)

PERNYATAAN KARYA

Tangsi merupakan kumpulan seni Kolektif yang bertapak di Seri Iskandar, Perak. Sebagai kumpulan seniman, kami ingin memberi respon terhadap isu pencemaran alam di Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak, sebagai satu kempen untuk menyedarkan masyarakat setempat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

Karya ini merupakan luahan atau kekecewaan terhadap isu pencemaran alam di pantai Teluk Senangin, Lumut Perak. Umum mengetahui pantai tersebut adalah persekitaran yang cantik, tetapi tercemar akibat faktor pembangunan ekonomi pelancongan dan mengakibatkan aktiviti pembuangan sampah secara terbuka oleh sikap yang tidak bertanggungjawab daripada pengunjung. Sisa sisa plastik makanan, lampin pakai buang bayi, botol mineral plastik dan sebagainya telah menyumbang kepada kepupusan dan terancam terhadap penyu. Kesan daripada pencemaran alam amat serius menyebabkan kecacatan fizikal pada penyu dan juga kepupusan. Faktor daripada pencemaran alam ini juga menyebabkan kekurangan penyu untuk datang bertelur.

Teluk senangin juga dikenali dengan persekitaran yang cantik dengan pasir pantai yang halus, bersih yang jauh daripada pencemaran bunyi. Ini merupakah faktor utama bagi penyu untuk bertelur.

Karya ini dihasilkan dengan menggunakan bentuk penyu. Kami menggunakan material yang utama iaitu daripada sampah kitaran semula yang terdapat di pantai untuk meluahkan emosi kekecewaan terhadap kurangnya penjagaan alam sekitar sehingga memberi kesan kepada hidupan laut. Konsep "floating" terapung, digunakan untuk menghanyutkan arca ini di persisiran Pantai Teluk Senangin sebagai simbolik sampah yang dihanyutkan ke laut sehingga penyu tertipu dengan obor-obor sebenar dengan sampah sebagai sumber makanan utama mereka.

HULU MALANG PANGKAL CELAKA I

Hulu Malang Pangkal Celaka I menggunakan material sampah sarap seperti (plastik, serpihan plastik dan straw pakai buang). Arca ini akan diapungkan menggunakan papan sebagai simbolik kepada air kumbahan daripada sisa pembangunan ekonomi pelancongan seperti hotel, chalet, dan tandas. Olahan idea daripada arca terapung (floating sculpture) ini diambil daripada punca-punca kemusnahan dan kematian haiwan laut yang semakin terancam contohnya penyu. Ampai-ampai/obor-obor merupakan sumber utama makanan kepada habitat tersebut. Penggunaan papan dalam arca tersebut adalah sebagai simbolik terhadap air keruh/minyak dan sisa kumbahan yang sering dikeluarkan oleh perkilangan dll. Ia merupakan salah satu punca kemusnahan dan kekurangan populasi penyu mendarat di Segari, Manjung, Perak.

Arca tersebut diletakkan diatas permukaan air dengan menggunakan sampah sarap, kayu,papan hanyut yang diambil dan dikitar semula dari Jeti lumut , Perak. Arca ini akan dipamerkan di kawasan pensisiran pantai berdekatan jeti Lumut. Arca ini sebagai satu kempen untuk menyedarkan tentang penjagaan alam sekitar yang dapat memberikan impak besar dalam isu global.

HULU MALANG PANGKAL CELAKA II

Hulu Malang Pangkal Celaka II nin meminjamkan subjek penyu sebagai bahan utama. Ini kerana, kawasan di area lumut memiliki kawasan pemiliharaan penyu di Segari. Oleh itu,karya ini hanya menggunakan bahagian cengkerang dan diolah kepada bentuk geometri. Karya ini kan menggunakkan bahan sisa sampah yang terdapat dia kawasan laut yang telah dibuang oleh masyarakat kita sendiri. Idea ini terinpirasi daripada masalah penyu yang telah terbantas untuk tempat pebiakan mereka di pensisiran pantai. Oleh itu kami menngunakan bahan-bahan terbuang yang telah mencemarkan pensisiran pantaiuntuk penyu ini betelur. Sampah yang telah kami kutip di sepanjang pensisiran pantai akan di masukan dalam bahagiian cekerang tersebut. Seterusnya kami akan menggunakan jala ikan untuk dilitupi bahagian cekerang. Kami menggunakan jala ikan kerana sesentagah penyu telah perangkap di jala ikan yang rosak di laut dan teleh mencacatkan tumbersaran mereka. Jala ikan juga akan menjadi simbolik peranan kita untuk mengutip dan mengumpul sampah yang berada di sekeliling kita. Karya ini akan diletakkan di pensisiran pantai Teluk Senangin,lumut dan diletakkan secara rawak. Karya ini kan diletakkan bahagian hadapan pantai seakan-akan penyu sedang naik ke atas permukaan darat untuk betelur. Arca ini sebagai satu kempen untuk menyedarkan tentang penjagaan alam sekitar yang dapat memberikan impak besar dalam isu global.

Kaedah berkempen

Kaedah kempen tentang isu pencemaran Alam sekitar ini akan di dokumentasikan dan diwar- warkan di platform alam maya seperti media sosial, (facebook , Instagram) di bawah Kumpulan kami. Kaedah ini sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian penduduk setempat untuk mengunjungi pameran arca ini bertepatan dengan tema Bakat Muda Sezaman (BMS) Seni di lokasi. Dengan harapan agar kesedaran tentang isu pencemaran alam ini dapat dipupuk. Walaupun arca ini hanya dapat dilihat pada waktu Bakat Muda Sezaman dijalankan, kami akan mebuat satu dokumentasi video ke atas karya ini agar masyarakat yang telepas melihat karya ini boleh melihat karya ini semula di platform media social studio kami.

KARYA AKHIR